Wednesday, June 17, 2009

Apa Barang Menang Percuma...!

Alkisahnya bermulalah di suatu hari, adala satu pasukan yg memang ghairah mencari kemenangan. Sampaikan takde dah tolak ansur sesama insan. Alahai.. Apa la sgt gelaran juara dari semangat kesukanan yg sepatutnya menjadi landasan sebenar kejohanan tersebut dianjurkan. Dah gian sgt ke nak jadi juara? Sampai dah tiada sifat tolak ansur.

>>> Nak baca dengan lebih lanjut sila ke :
http://bsgefc.blogspot.com/

Mulai dari 17 Jun 2009, blog BSGE akan berpindah ke blog BSGE FC di //bsgefc.blogspot.com/

Sekian..

Thursday, June 11, 2009

Pemain Terbaik Perlawanan Pilihan BSGE Blogspot

Amroz "the shooter"

BSGE FC Menundukkan Ego BTB

LIGA BOLASEPAK KESSO - JPS MALAYSIA 2009


PADANG JPS AMPANG - Semuanya seperti tidak menjadi bagi BSGE FC, persembahan yg kurang konsisten hampir-hampir memusnahkan impian pasukan untuk mengutip mata penuh. Permainan berlangsung dlm suasana yang baik cuma pada lewat permainan separuh masa kedua menyaksikan beberapa pemain kedua-dua pasukan mengalami kekejangan otot dan sedikit sebanyak menjejaskan rentak permainan.

Separuh masa pertama..

BSGE FC hampir-hampir dikejutkan seawal minit kedua apabila rembatan pemain BTB yang berjaya meloloskan diri dari sebelah kiri pertahanan BSGE, namun cubaannya berjaya dibaca dengan baik oleh penjaga gol BSGE. Kedua-dua pasukan saling mengasak antara satu sama lain. No. 7, 10 dan 14 nyata berjaya mengucar-kacirkan pertahanan BSGE. Faktor 'lambat panas' mungkin boleh dijadikan penyebab benteng BSGE FC hampir sepenuhnya dikuasai lawan.

BSGE FC cuba menyerap asakan lawan dan beberapa kali melakukan serangan secara 'counter attack' dari sebelah kanan dan kiri lawan. Pertahanan BTB ternyata sukar untuk dirobek dan BSGE FC terpaksa mencuba nasib dengan melakukan percubaan jarak jauh. Hasilnya pada minit ke 15, percubaan Amroz dari jarak lebih kurang 20meter berjaya menemui sasaran gol.

BTB yang hanya menurunkan 10 pemain nyata tidak mudah mengalah. Asakan demi asakan mereka tetap mencuba untuk mencari gol penyamaan. BSGE FC juga beraksi secara 'bertahan' untuk mendahului lawan sehingga tamat separuh masa pertama. Pertukaran dibuat pada minit ke 20, dengan memasukkan Amri menggantikan Safarin yang mengalami kecederaan.

Separuh masa kedua..

BSGE FC menumpukan corak bertahan dengan memasukkan Bakri menggantikan Roshidy. Beliau bertindak selaku 'stopper' dan ditugaskan merantai pergerakkan pemain lawan berjersi No.14. Sementara Hj. Nordin pula bertindak mengawal pemain No. 10. BTB nyata semakin terdesak untuk mencari gol penyamaan dan asakan bertali arus melalui trio serangannya masih buntu untuk menumpaskan penjaga gol BSGE, Azwan. Fazli mengalami kecederaan dan pertukaran dibuat dengan memasukkan Azam.

Azwan beberapa kali berjaya mempertahankan gawangnya dengan baik ketika BTB hampir-hampir menyamakan kedudukan. Ketika asyik mengasak lawan, gawang BTB juga nyaris-nyaris dibocori sekali lagi. Namun percubaan dari Amroz, Azizi dan serangan oleh Meor, Mr. Loo (masuk menggantikan Meor) dan Shahril (masuk menggantikan Ramadan) gagal menghasilkan gol.

Kedudukan kekal 1-0 sehingga tamat permainan.

Barisan pemain BSGE FC :
Utama:
Azwan (Penjaga Gol), Che Win (Ketua), Hj. Nordin, Fazli, Safarin, Amroz, Pak Syed, Ramadan, Roshidy, Meor dan Azizi.

Simpanan:
Shahril, Amri, Bakri, Mr. Loo, Azam

BSGE vs BTB

Nampaknya perlawanan pada petang ini (Khamis - 5.30p.m) terpaksa ditangguhkan. Hujan lebat yang turun sejak dari jam 4.00p.m boleh menyebabkan air bertakung di padang JPS Ampang. Namun keputusan belum dibuat. Kita tunggu dan lihat perkembangannya.

Tuesday, June 2, 2009

Ujian Getir Buat Pemain

BSGE FC akan diuji hebat samada benar-benar mantap mahupun tidak. Ujian sebenar yang bakal menanti ialah menentang pasukan BTB. Nyata tahap konsistem pemain amat ditagih untuk memberi sepenuh tumpuan bagi mengawal pemain lawan.

Keputusan lepas nyata memihak kepada BSGE FC apabila berjaya menundukkan lawannya (JPS WPKL) dengan keputusan 2-0. Sedangkan BTB hanya mampu mencatatkan keputusan seri dengan BKP.

Kehadiran tonggak penyerang, Azizi (berkemungkinan diturunkan) menambahkan lagi moral pemain. Namun khidmat Meor tidak seharusnya dilupakan. Dengan 2 gol terkumpul Meor juga boleh dijadikan sandaran BSGE FC.

Tahap permainan BSGE FC juga semakin meningkat sedikit demi sedikit. Dek kerana kesibukan menjalankan tugas dan komitmen kepada keluarga, BSGE FC sukar untuk mengaturkan jadual latihan dan sebagainya. Ianya mampu menjejaskan stamina pemain dan kebanyakkan pemain sukar untuk bertahan sehingga tamat permainan.

Namun demikian masalah tersebut hanyalah tersangatlah kecil, semangat yang ada pada semua pemain mampu mengubah suasana perlawanan. Apa yang penting ke semua pemain mestilah mempunyai semangat dan ketabahan yang tinggi, jangan mudah goyah dan pastikan anda senantiasa berada di haluan kejayaan.

Tuesday, May 26, 2009

KEMENANGAN MORAL UNTUK BSGE FC

BSGE FC vs JPS WPKL : 2 -0

Barisan pemain kedua-dua pasukan yg memeriahkan perlawanan

Wajah penuh bersemangat pasukan BSGE FC

Kemenangan 2 - 0 keatas JPSWPKL menaikkan semangat pasukan BSGE FC untuk meneruskan saingan dlm Liga KESSO JPS Malaysia. Sebelumnya BSGE hanya mampu seri 1-1 dengan SMART. Kehadiran hampir semua pemain utama menyemarakkan lagi semangat berpasukan.

Aksi separuh masa pertama

Pada awal permainan lagi BSGE FC cuba untuk mengasak lawan untuk mencari gol pendahuluan. Serangan bertali arus BSGE juga dibalas serangan oleh pasukan lawan. Dengan mempunyai hantaran-hantaran baik, JPS WPKL nyata begitu merbahaya.

Sebelum itu pemain BSGE FC membuat senaman ringan

Amroz memperkenalkan sepakan tanpa bayangnya...

Sepak mula oleh JPS WPKL


Gerakan yang mereka rancangkan juga nampak tersusun dan kemas. Namun kekebalan barisan pemain BSGE tdk mudah untuk dirobek. Kemudian BSGE FC berjaya mendapatkan sepankan percuma dari sebelah kanan gawang JPS WPKL.

Penjaga garisan merangkap penolong pengurus pasukan BSGE FC

Sepakan diambil oleh Amroz dan beliau membuat percubaan terus ke gol. En. Roshidy memanfaat peluang hasil bola muntah yang gagal ditangkap kemas oleh gol lawan. JPS WPKL tdk mudah mengalah dan terus mengasak. Beberapa kesilapan di kawasan BSGE nyaris-nyaris menghasilkan gol namun percubaan yang di buat oleh pemain JPS WPKL hanya singgah di palang dan tiang gol BSGE. Meor juga berjaya menjaringkan gol untuk meletakkan BSGE FC selesa di depan dengan kedudukan 2-0 pada separuh masa.

Kehadiran Pengurus Pasukan, En. Azman meningkatkan semangat pemain.

Aksi separuh masa kedua

JPS WPKL terus mengasak ke kawasan BSGE FC

Nyata tekanan buat pemain JPS WPKL. Mereka perlu mendapatkan gol untuk meningkatkan semangat pasukannya. Mereka terus mengasak sejak awal permainan namun kekentalan benteng terakhir BSGE, Azwan nyata sukar utk digugat. Azwan mempamerkan permainan cemerlang, gemilang dan terbilang utk mempertahankan gawangnya dari dibocori. Sahkan bola je tak boleh masuk, rumput sisa bola tu pun Wan tak kasi jejakkan kaki ke dalam golnya.

MOM minggu ini.. Azwan 'the iron wallzzz'
p/s :Sori bro aku terpaksa masukkan jugak gambar ni coz mu mmg best...

Perlawanan berkesudahan dengan BSGE FC menang 2 berbalas 0.


SpyAmm

Thursday, May 21, 2009

BSGE Bakal Membuat Perhintungan Menentang JPS WPKL

Petang 26 Mei bakal menjadi detik penentuan antara pasukan berjiran, BSGE dan JPS WPKL. Setelah beberapa kali memohon penundaan perlawanan, akhirnya keputusan telah dibuat. Perlawanan yang sepatutnya bakal berlangsung pada 6 Jun dipercepatkan kpd 26 Mei 2009. Kedua-dua pasukan nyata sudah tidak sabar untuk menentukan keputusan samada siapa yg lebih berkuasa antara kejiranan ini.

JPS WPKL yang sebelum ini telah mengharungi 3 perlawanan mencatatkan 2 kemenangan dan 1 kalah, manakala BSGE FC pula telah menang 1 kali, seri dan kalah dalam 3 perlawanan juga. Kemenangan bagi BSGE FC amat penting untuk menambah pungutan mata bagi mengubah kedudukan liga KESSO yg sekarang ini berkedudukan di tempat ke-5.

Kehadiran Azwan kembali memantapkan pasukan.

Walaupun tanpa tonggak penyerang , Azizi pasukan BSGE FC tetap optimistik untuk cuba memberi tentangan sengit. Kehadiran semula penjaga gol sensasi BSGE, Azwan nyata memulihkan semangat pemain lain yang sebelum ini nyata mengalami tekanan. Azwan, selain kehebatannya di gawang gol beliau juga mampu membuat lawak dan pandai bermain kata-kata. Oleh itu tekanan yang dialami pemain lain juga menurun dan pastinya akan menjadikan suasana semakin hebat.

" Semangat + Usaha = Kejayaan. " Pengarah BSGE

Ramadan juga akan diturunkan. Beliau sebelum ini tidak dapat hadir kerana beberapa masalah pastinya akan diturunkan selaku striker kedua. Bagi membantu Meor agar mengekalkan momentum serangan dibahagian depan. Selain mampu membuat umpanan yang baik, Ramadan juga berupaya meledakkan gol.

BSGE FC pasti bersemangat semula dan sahutlah cabaran....

WE WILL WIN!!!

Wednesday, April 29, 2009

BSGE vs SMART

KEPUTUSAN : 1-1
Barisan pemain BSGE FC

29 April 2009, Padang JPS Ampang menjadi saksi kegagalan BSGE FC untuk menebus kekecewaan lalu. Berdepan pasukan SMART, BSGE FC terlebih dahulu diasak pada awal permainan. Aksi lambat panas yang ditonjolkan membolehkan SMART mendahului 1-0 pada separuh masa pertama sebelum Azizi yang masuk menggantikan Shamri menyamakan kedudukan bagi melegakan tekanan rakan sepasukan yang lain. SMART memperolehi jaringan melalui rembatan jarak jauh dan sememangnya sukar untuk diagak.

Pengadil menasihatkan pemain agar menjaga keselamatan kerana keadaan padang yang becak

Pada separuh masa pertama juga No. 7 BSGE dikenakan tindakan kad kuning kerana membantah keputusan pengadil. Sikap pengadil yang tak konsisten nyata membangkitkan rasa panas pemain lain kerana keputusan yang dibuat seolah-olah berat sebelah. BSGE FC beberapa kali mengucar-kacirkan pertahanan SMART. Namun beberapa percubaan gagal menemui sasaran yang sepatutnya.

Rentak permainan yang panas menyebabkan pengadil menjadi tumpuan

Terjahan kasar pemain SMART juga disaksikan oleh pengadil dengan muka 'poyo' sahaja. No. 6 BSGE juga perlu tingkatkan tahap permaian lagi kerana beberapa kali asakan daripada SMART gagal untuk diatasi (Adoiii...).

Rehat separuh masa memberi ruang pemain untuk meredakan tekanan

Separuh masa kedua bermula, BSGE FC kembali mendapat rentak. Asakan demi asakan namun tetap gagal menemui sasaran. Benteng SMART nyata lebih konsisten. No 10 SMART diberi kad kuning kerana terjahan kasarnya keatas pemain BSGE. En. Hisham (kemudian digantikan oleh Mr. Loo ) dan Ikmal (menggantikan En. Shahril) dimasukkan untuk mengimbangi bahagian tengah. En. Nordin pula terpaksa dikeluarkan kerana mengalami kecederaan.BSGE FC terus mencuba untuk mencari gol kemenangan.

Namun SMART juga terus mencuba dengan beberapa helah dan tindakan pantas penjaga gol BSGE, En. Roshidy menyelamatkan keadaan memastikan gawang BSGE selamat dan kududukan terikat 1-1 sehingga tamat.

Bergambar kenangan bersama pasukan SMART

spyAMM

Tuesday, April 28, 2009

Jersi Baru BSGE FC

BSGE vs SMART - Padang JPS Ampang (5.00 p.m)

Semalam BSGE FC telah membeli set jersi pasukan yang baru. Sebelum ini kita hanya menggunakan jersi yang dipinjam sekarang sudah ada jersi sendiri ala pasukan Uruguay lagi tu. Kos untuk jersi ni hanya RM800.00 (jumlah kutipan semasa sehingga 28/4/09 adalah sebanyak RM752.00 ) dan dianggap berbaloi la dpd pasukan lain yang menggunakan jersi ntah ape2 ntah...(haha..). Jenama tu kira ok la KIKA (takde kena mengena dengan Kiki Lala...). Diharap dengan jersi baru ni BSGE FC akan lebih mantap dan menggegar.

Baju

Seluar

Stokin

Terima kasih atas sumbangan semua. Sama-samala kita pakat menyokong BSGE FC pada petang ini (29/04/09) di padang JPS Ampang kerana BSGE FC akan berentap dengan pasukan SMART. Sokongan anda semuaamatlah dihargai.

Baju Penjaga Gol

SpyAmm

Wednesday, April 15, 2009

Pemeran Sempena Hari Air Sedunia 2009

Pada 11 - 12 April 2009, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air telah menganjurkan Pameran Sempena Hari Air Sedunia di Miri, Sarawak. JPS Malaysia yang diwakili oleh Unit Pameran, Bahagian Struktur, Geoteknik dan Empangan (BSGE) juga telah menyertai pameran tersebut. Ianya diadakan di Imperial Mall, Miri. Antara peserta lain adalah seperti Jabatan Pembentungan Sarawak, SPAN, IHP, NRE, dan lain-lain lagi.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar melawat tapak pameran bagi memastikan ianya berjalan lancar

Majlis tersebut dirasmikan oleh Ketua Menteri Sarawak dan dihadiri oleh jemputan VIP yang lain seperti Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Ketua Pengarah JPS Malaysia dan Pengarah BSGE serta jemputan lain.

Perasmian oleh Ketua Menteri Sarawak

Ruang pameran JPS Malaysia

Wakil Unit Pameran, BSGE

Pameran ini nyata mendapat sambutan yang menggalakkan dengan kehadiran ramai orang untuk bersama-sama memeriahkan lagi sambutan 'World Water Day 09'.

Monday, April 13, 2009

BSGE FC - Sumbangan Anda

BSGE FC,

Pasukan Bolasepak BSGE menghadapi beberapa kesulitan sejak kebelakangan ini untuk meneruskan saingan dalam Liga Bolasepak Kesso 2009. Ini kerana BSGE FC kekurangan peralatan yang sesuai dan tidak memiliki sumber kewangan yang mencukupi untuk mendapatkan peralatan sukan seperti jersi pasukan, sarung tangan penjaga gol, bola untuk latihan dan sebagainya. Sebelum ini peralatan tersebut hanya dipinjam daripada pihak luar. BSGE FC juga banyak bergantung kepada beberapa individu untuk membekalkan minuman dan peralatan sukan (dipinjam). Rasanya kita tidak sepatutnya terlalu bergantung kepadanya sahaja.

Oleh itu, cadangan saya adalah untuk membuat kutipan dana daripada pemain BSGE FC. Sumbangan yang anda berikan boleh digunakan untuk mendapatkan jersi pasukan dan beberapa peralatan lain serta bagi membekalkan minuman kepada pemain sepanjang Liga KESSO JPS berlansung. Terdapat 9 perlawanan lagi yang perlu diharungi dan kerjasama daripada semua pemain amatlah dialu-alukan.

Walaubagaimanapun ini hanyalah berdasarkan daripada pendapat saya sahaja. Apa pula pendapat pemain lain boleh kita kongsi bersama. Berkenaan kos tersebut bolehlah kita bincangkan selanjutnya jika cadangan ini mendapat perhatian anda. Pendapat dan sumbangan daripada warga BSGE yang lain juga amatlah dihargai. Semoga pasukan BSGE FC berjaya mengharungi perlawanan seterusnya dengan sebaiknya.


PENDAPAT SAYA

(p/s: jangan salah faham….)

Thursday, April 9, 2009

BSGE FC - MISI MENEBUS KEKECEWAAN!

29 April 2009, BSGE FC akan menentang pasukan SMART di Padang JPS Ampang. Sokongan padu daripada warga BSGE amatlah ditagih. SMART nyata berbisa setelah menang besar ke atas BHSA ( 5 - 2 ) pada perlawanan pertama.

Jentera serangan BSGE FC perlu lebih fokus untuk menyempurnakan peluang yang terhidang. Benteng juga perlu diperkemaskan. Sebarang kesilapan pasti membawa padah. Kekalahan kepada BLKK seharusnya dijadikan iktibar supaya pasukan lebih fokus dan berkeyakinan.

Ayuh BSGE FC. Bangkitlah....

WE WILL WIN....!!!


Amri!@BSGE

Tuesday, April 7, 2009

BSGE FC

BSGE FC telah mengalami kekalahan pertama dalam Liga Ibu Pejabat JPS Malaysia. Kekalahan perit 5-1 kepada pasukan BLKK setelah BSGE FC menang bergaya menumpaskan pasukan Bhgn Sungai + Pantai dan Saliran Bandar 4-0.

Namun demikian masih terlalu awal untuk meramalkan siapa juara dan siapa mangsa. BSGE FC masih mempunyai ruang untuk memperkemaskan pasukan bagi mengharungi gelora bahtera SMART pada 29 April akan datang.

Pada perlawanan menentang BLKK, playmaker BSGE FC, Amroz telah dikenakan kad kuning kali kedua dan beliau sudah pasti tidak dapat diturunkan pada perlawanan seterusnya. Daripada ulasan mereka yang tak berkenaan, punca kekalahan BSGE FC adalah kerana masih kurang kesefahaman dan gerun pada pasukan lawan.


Amri@BSGE09

Team Building - BSGE JPS Malaysia

BSGE - Team Building di SUMMERSET Colonial Hotel & Villa, Rompin, Pahang


Pada 3 April hingga 5 April 2009, BSGE telah mengadakan satu program Team Building di Rompin, Pahang. Seramai kira-kira 60 orang telah menghadiri program tersebut. Walaupun terdapat beberapa halangan, namun program tersebut tetap dapat diteruskan dengan sebaiknya.

Sebelum ini BSGE telah mengadakan program yang sama, namun di tempat yang berbeza. Kini sebahagian peserta yang belum pernah menghadirinya dikehendaki hadir dan menyertai program tersebut.

> 3 April 2009, semua peserta yang menaiki bas berkumpul di BSGE pada jam 8.30 pg. Ada sesetengahnya pula pergi dengan kenderaan sendiri. Dua buah bas disediakan untuk membawa peserta program. Kira-kira jam 4.00 ptg, bas tiba di Summerset, Rompin. Aktiviti pada petang tersebut adalah mesyuarat dan terpaksa ditunda ke sebelah malam kerana beberapa masalah.

> 4 April 2009, jam 6.45 pg semua peserta telah menyertai senaman pagi bersama penyelaras program (wakil hotel). Kemudian beberapa aktiviti dijalankan. Aktiviti tersebut adalah secara berkumpulan. (kena selesaikan puzzle, pastu cari gula-gula, kemudian kena buat bukit pasir sehingga melepasi penanda yang ditetapkan...). Pada sebelah petangnya pula ada aktiviti seperti membina menara buluh dan menyelesaikan ikatan yang dikehendaki. Setelah kumpulan tersebut berjaya menyelesaikan 2 syarat tersebut, masing-masing menuju ke tempat mengambil kompas untuk aktiviti seterusnya iaitu mencari point (klu) sehinggalah ke tempat membina jambatan buluh. Setiap kumpulan dikehendaki membina jambatan buluh untuk menyeberangi tali air dan diwajibkan setiap ahli kumpulan berdiri diatas jambatan buluh tersebut selama 10 saat. Jika jambatan tersebut patah atau sebagainya dikira kumpulan tersebut gagal dan jatuh dalam air la..... Selepas itu peserta menyertai acara beremdam dalam paya. Airnya punyalah busuk namun dengan semangat kesukanan yang tinggi semua berjaya mengaharunginya jua.... Sebelah malamnya pula ada BBQ dinner...

> 5 April 2009, senaman pagi seperti biasa. Kemudian acara telematch (sukaneka) seperti lari pecahkan belon lawan, (ntah nama apa ntah...?) , tarik tali, dan sebagainya. Kira semua perserta happy la... Jam 1.30 petang semua peserta check out dan bertolak pulang.

Bergambar kenangan selepas acara sukaneka

Amri@BSGE09

Monday, April 6, 2009

SELAMAT DATANG KE BLOG BSGE

Terima Kasih
Kerana Sudi Menjadi
Pengunjung Blog Ini
http://bsge.blogspot.com/